CERITA LAMA JANGAN DIULANG - RAMONA ZAM ZAM


Ha ha... memang kelakar apabila gambar lama Ramona Zam Zam kembali menjadi carian 'hot' pengguna internet sejak pagi tadi. Apa lagi, myartis.com merupakan sumber carian yang tidak putus-putus dikunjungi kerana kami memang ada menyiarkan gambar Ramona bersosial pada 31 Ogos 2011.



Semuanya gara-gara artikel di sebuah akhbar hari ini di mana Ramona mempersoalkan kenapa cerita lamanya yang sudah 10 tahun itu suka diulang-ulang kembali. Ikhlasnya, kami juga rasa pelik. Heh.


"Peliklah mereka ini. Kenapalah suka ulang-ulang cerita 10 tahun lepas? Tolonglah, itu gambar lama yang diambil ketika saya berumur sekitar 16 tahun. Memang betul gambar berkenaan, tapi gosip itu pernah kecoh ketika awal pembabitan saya. Saya sudah pernah jelaskan gosip ini dulu.



"Tak sangka benda ini datang balik. Saya tak marah tapi kesal dan sedih sangat jadinya. Ketika itu umur saya 16 tahun. Biasalah zaman remaja tentu ada kesilapan sana dan sini, tapi itu benda lama.



"Sejak jadi artis saya sangat peka pada tindak-tanduk saya. Saya sudah tak buat benda-benda macam itu lagi. Jadi kenapa nak dibangkitkan lagi?" ujar Ramona dipetik sebagai berkata.



Iyalah, dalam hal ini... semua orang boleh berubah. Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment