Kalau dah namanya tiada jodoh, bercinta 8 tahun pun akhirnya akan putus jua. Memanglah kesian mendengarnya, namun itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh Yazer dan Ekin. Hubungan percintaan yang termeterai sekian lama akhirnya lebur jua. Kini Ekin dan Yazer sudah pun kembali solo. Tiada lagi kasih sayang antara mereka berdua.
Berkata kepada Kosmo, Ekin mengesahkan yang hubungan mereka telah tamat awal Disember ini. Kata Ekin:-
Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.
Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik. Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.
0 comments:
Post a Comment