Bila baca kenyataan yang dibuat olehnya, memang macam tak masuk akal. Bila membaca kata-kata Johan menerusi Kosmo, nampak macam orang berilmu. Namun, walaupun jodoh itu memang sudah ditetapkan, sedikit sebanyak usaha yang kita lakukan menentukan siapakah jodoh kita.
Kata Johan:-
Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.
Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini
Yang tambah memeningkan Abang Nara apabila Johan memaklumkan dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa. Terang Johan:-
Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja. Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya.
Ramai yang beranggapan bahawa Johan selama ini sengaja mencari publisiti murahan dengan mengumumkan percintaan, kemudian putus. Perkara ini sudah terjadi beberapa kali. Johan menafikan perkara ini. Katanya:-
Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai. Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan
0 comments:
Post a Comment