WADUH, pening sungguh dengan ‘drama’ cinta pelakon Johan As’ari ni!
Jika sebelum ini dia mengatakan perpisahannya dengan Lana Nodin berpunca kerana tiadanya restu keluarga, kali ini menerusi Berita Harian, kakaknya menafikan perkara itu.
Farah Alya As’ari berkata, mereka tidak pernah menghalang kedua-dua pelakon itu untuk bercinta, tetapi hanya terkejut dengan keputusan Johan yang terburu-buru untuk berkahwin.
“Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.
“Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalui khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana,” ujarnya.
Jika benar apa yang dikata, mungkin Johan boleh dikategorikan sebagai ‘lalat’ yang hinggap di mana-mana yang disukainya.
Iyalah, kalau benar-benar sayang, mengapa harus mengalah begitu awal? Banyak alasan pula tu. Tak faham sungguh dengan ‘hobi’ pelakon ini…

0 comments:
Post a Comment