JUSTIN BIEBER KECEWA, UMUM BERSARA?

Bila bergelar selebriti, benda ‘dalam kain’ pun kalau boleh media mahu korek buat cerita. Jika memang tidak tahan dengan dugaan berkenaan, wajarlah bersara dan jauhkan diri dari dunia glamor. Begitu juga dengan penyanyi sensasi, Justin Bieber yang meluahkan dirinya tidak lagi mampu menghadapi media di Amerika Syarikat yang sentiasa mencari kesalahannya selain mereka ingin melihat kerjayanya jatuh.



Oleh itu, Justin Bieber, 19, dilaporkan telah mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi menerusi laman Twitter miliknya sehari sebelum sambutan Hari Krismas. Bagaimanapun kata Justin dia tidak akan sesekali meninggalkan para peminat setianya.




“Kepada semua Biliebers (panggilan Justin kepada peminatnya), saya secara rasmi bersara. Media sentiasa ingin menjatuhkan kerjaya saya dan menulis perkara buruk tentang saya namun saya tidak akan tinggalkan anda semua,” katanya lagi.



Sebelum ini Justin telah melahirkan hasratnya untuk bersara selepas pelancaran album terbaharunya berjudul Journey pada minggu hadapan. Namun para peminatnya hanya menganggap Justin cuma berjenaka mengenai perkara itu.



Untuk rekod, Single pertama Justin berjudul One Time pernah menduduki carta teratas di 30 buah negara selain album pertamanya mendapat pengiktirafan platinum di Amerika Syarikat. Justin mengecap populariti di seluruh dunia dengan sekelip mata selain menjadi buruan paparazi.

0 comments:

Post a Comment