Wah, bahagianya pasangan pengantin baru, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim. Mereka sah diijabkabulkan pada bulan November yang lepas. Majlis resepsi pihak perempuan sudah berlangsung di Pulau Pinang dan majlis kesyukuran sebelah Fizo pula akan diadakan pada esok 28 Disember 2013.
Sebelum itu, ammboi tertarik untuk kongsikan beberapa foto Fizo bersama ibu dan isterinya. Foto yang cukup memberi makna buat Fizo dan keluarga serta mungkin kepada peminatnya. Jadi tidak hairanlah kalau sampai berpuluh ribu peminat Fizo LIKE foto berkenaan di Instagram nya.
Dengan caption yang menarik, foto berkenaan sudah tentu lagi menarik.
Kata Fizo, “There is a woman behind a succesful man. But two is better than one. Love u both mama n madam rose.”
Tahniah Fizo. Memang terharu tengok foto bro. Semoga terus sukses dan berbahagia bersama insan tersayang. Amin..
p/s: Jadikan sebagai inspirasi. Bukan senang nak jumpa anak lelaki yang begitu rapat dengan ibunya. Apatah lagi disisi isteri tercinta.
0 comments:
Post a Comment