“Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam tu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi” kata penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar menjawab cemuhan mengenai penampilan dirinya yang dikatakan seksi.
Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, dikecam teruk peminat dil laman sosial baru baru ini kerana dikatakan seksi dan keterlaluan ketika mengacarakan program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013.
Feeya yang dihubungi berkata, cemuhan itu sesuatu yang menyedihkan berikutan sikap segelintir peminat yang mudah menjatuhkan hukum terhadap apa sahaja yang mereka lihat.
“Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi, tetapi saya terima kritikkan itu dengan hati terbuka”
"Pada awalnya saya ingatkan benda itu tak apa apa, kesilapan itu menjadikan satu pengajaran buat saya dimasa hadapan agar lebih berhati hati lagi”
Feeya berkata, dia agak terkilan apabila soal imen dan penampilan itu menarik perhatian umum walaupun ianya tidak keterlaluan seperti yang digembar gemburkan.
“Saya akui memakai seluar agak ketat ketika mengacarakan MLM ataupun diluar waktu kerja sebab saya begitu selesa dan itu adalah diri saya sendiri”
“Saya pun pelik, dalam banyak banyak bahagian seluar kenapa punggung saya jadi isu.
“Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak”
Kata Feeya lagi, tuduhan dirinya bersikap gatal dan gedik keterlaluan adalah kerana ingin memenuhi konsep MLM yang ceria, bertenaga dan gila gila.
“Takkanlah saya nak mengendalikan program secara sopan santun sedangkan MLM perlu tenaga dan gila gila”
“Saya seronok mengendalikan program berkenaan dengan cara saya yang ceria. Tak tahu pula benda tu akan jadi masalah. Jujurnya, saya malas nak ambil pusing” katanya.
0 comments:
Post a Comment