AFGHANISTAN – Hanya kerana enggan menjual barang kemas untuk membolehkan si suami membeli dadah, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat apabila suaminya itu memotong hidung serta bibirnya.
Selain itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Setara dan mempunyai empat orang anak itu, turut dipukul oleh suaminya yang juga penagih dadah di kediaman mereka di Herat.
Lelaki itu didakwa memukul kepala isterinya dengan batu sebelum mengambil pisau dan memotong hidung serta bibir wanita tersebut.
Susulan serangan ganas itu, Setara telah dibawa ke hospital dan kini sedang menunggu untuk melanjutkan rawatan di Turki
Manakala suaminya pula telah ditahan polis.
Dalam pada itu, ibu Satara iaitu Nasima meminta polis supaya menghukum menantunya itu dengan segera.
“Perkara pertama polis perlu lakukan ialah menyebatnya kemudian merejamnya dengan batu hingga mati. Ia sebagai pengajaran kepada lelaki kejam seperti itu,’’ katanya.
Keganasan terhadap kaum wanita bukan perkara baru di Afghanistan malah dianggarkan 28 peratus kes direkodkan di negara berkenaan sepanjang tahun lepas.
Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha telah dipotong telinga dan hidung oleh suaminya sebagai hukuman kerana dia cuba melarikan diri daripada perkahwinan mereka.
Bibi telah diheret ke kawasan pergunungan sebelum suaminya melakukan perbuatan kejam itu.
Namun Bibi berjaya merangkak ke rumah datuknya sebelum dia dihantar ke hospital tentera Amerika Syarikat di kawasan berkenaan untuk rawatan.
Bibi kini menggunakan hidung prosthetic dan menetap di Amerika bersama sebuah keluarga.
0 comments:
Post a Comment