Selebriti kongsi azam baharu


PEJAM celik, pejam celik, 2013 semakin menghampiri penghujungnya. Bermakna tahun 2014 akan menyusul selepas ini dengan 1001 cerita.



Biasanya saban tahun, pada tarikh 1 Januari, ramai antara kita termasuk juga para selebriti pasti mempunyai azam baharu untuk dilunaskan sehingga penghujung tahun.



Pelbagai perancangan dan strategi akan diatur untuk memastikan azam yang diimpi berjaya dicapai.



Namun tidak kurang juga, ada terpaksa melupakan azam mereka kerana mustahil untuk digapai dan tidak kurang pula yang membawa azam tahun ini ke tahun hadapan.



Oleh itu, Zass mendekati beberapa selebriti popular tempatan untuk mengetahui apa azam mereka bagi tahun 2014.



Alhamdulillah impian saya untuk menimang cahaya mata termakbul tahun ini. Jadi untuk tahun 2014, saya berharap akan menjadi seorang individu dan ibu yang baik. Buat peminat saya, saya bakal menerbitkan single saya bulan hadapan.” - Eira Syazira

Tahun 2013 adalah tahun yang baik buat saya kerana banyak azam saya telah berjaya dilunaskan. Jadi saya berharap tahun 2014 akan menjadi tahun yang cemerlang buat saya kerana banyak perancangan yang telah saya buat seperti pelancaran single dan filem arahan saya.



Terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu saya berdiri dalam industri seni ini.” - Sofi Jikan



Azam saya adalah untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, saya berharap diberi peluang untuk mencuba watak yang lebih mencabar buat saya, supaya dapat mengembangkan

lagi bakat dalam bidang lakonan.” - Ramona Zam Zam



Saya hanya mempunyai perancangan untuk bekerja lebih keras bagi menyara keluarga pada tahun depan dan berharap masalah di dalam industri seperti isu cetak rompak dapat diatasi pada 2014.



Selain itu, saya berharap menjadi seorang ayah yang dapat menerapkan anak-anak dengan keseimbangan nilai keagamaan dan duniawi.” - Fauzi Nawawi



Saya tidak menjangkakan 2013 ini merupakan tahun yang cukup bermakna buat saya kerana berjaya merangkul anugerah pelakon pembantu terbaik dan juga menjadi seorang ibu.



Untuk 2014, azam saya ialah memberi yang terbaik dalam lakonan dan yang paling penting matlamat saya hendak kurus.” - Izreen Azminda



0 comments:

Post a Comment