LARANG BERPELUK - SYARAT KAHWIN 'KONGKONG' IZARA AISYAH?

Syarat agar tidak melakonkan adegan berpeluk dan haruslah pulang awal sebelum 'suami' pulang kerja merupakan syarat berat yang menyebabkan Izara Aisyah, 21, 'terbantut' untuk berkahwin. Mungkinkah syarat itu diletakkan ekoran sejarah Izara sebelum ini yang pernah membuat persembahan tarian 'Tango' seksi ketika dia masih belajar di Sunway University?



Ekoran itu, Izara merasakan belum tiba masanya untuk dia menamatkan zaman bujang dalam tempoh tiga tahun terdekat ini. Katanya, dia masih mahu mencapai cita-cita dan kejayaan dalam bidang seni yang amat diminatinya.


"Kami masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah saya perlu kurangkan kemunculan di televisyen. Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.



"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujar Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham dipetik sebagai berkata.




Tambah pelakon itu, disebabkan syarat-syarat tersebut juga dia akhirnya meminta tempoh selama tujuh tahun untuk terus aktif dalam bidang seni. Dalam tempoh tujuh tahun itu, dia tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan sekiranya berkahwin nanti.



"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya.



Menurut Izara, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu merupakan lelaki yang dikenalinya sejak tujuh tahun lalu. Lelaki itu juga sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan.






0 comments:

Post a Comment