Klip video rasuah: Polis kenal pasti individu terlibat!


KUALA LUMPUR - Anggota polis peronda yang didakwa menerima rasuah bagi melepaskan pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah telah diambil tindakan.



Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman web Facebooknya berkata, anggota itu telah ditukar ke tempat lain dengan serta merta sehingga siasatan selesai.



Kes itu dipaparkan dalam sebuah klip video di internet dan menunjukkan anggota polis itu sedang menerima wang sebagai rasuah daripada seorang lelaki, dipercayai majikan kepada beberapa pekerja yang ditahannya.



Menurut PDRM, satu laporan polis dibuat dan kes itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.


PDRM memandang serius terhadap perkara itu dan tidak berkompromi dengan pegawai dan anggota yang terlibat dengan rasuah.



Orang ramai dinasihati supaya melaporkan salah laku anggota PDRM yang terlibat dalam gejala rasuah di balai polis berdekatan atau melalui sistem i-SPAAA di www.rmp.gov.my. - Bernama



kosmo

0 comments:

Post a Comment