COOL - MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT UIGUR (15 GAMBAR)

Kaum Uighur ialah masyarakat yang berasal dari Xinjiang China. Sejak kebelakangan ini kita kerap mendengar berita pemberontakan dan serangan "pengganas Islam" Uighur yang menentang pemerintahan komunis China diXinjiang. Pemberontakan berlaku kerana ketidak adilan yang dialami kaum Uighur yang beragama Islam. Hari ini mari kita lihat majlis perkahwinan tradisional kaum Uighur yang menetap di Kazakhstan. Komuniti Uighur yang ada di Kazakhstan ialah cucu cicit kepada mereka yang melarikan diri dari China pada awal kurun ke 19 selepas penentangan awal mereka berjaya dipatahkan pemerintah China. Majlis perkahwinan Uighur biasanya diraikan selama 3 hari. Pasangan akan dinikahkan seorang tok kadi dan selepas dinikahkan pasangan harus meminum air campuran gula, garam dan roti. Gula melambangkan kemanisan rumah tangga. Garam pula melambangkan ujian hidup manakala roti melambangkan kasih sayang diantara mempelai. Sangat menarik melihat adat istiadat Islam bercampur dengan amalan Soviet Russia!











Laporan asal Vox Populi

0 comments:

Post a Comment