Azean Irdawaty meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira enam tahun bertarung dengan penyakit kanser Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di sisi suami dan anak-anaknya di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) malam ini.



Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Wad 11U PPUM jam 8.25 malam. Perkara ini disahkan suami beliau Khairil Anwar.



Antara rakan dalam industri filem tanah air yang hadir menziarahi Allahyarham di PPUM malam ini ialah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Rusdi Ramli dan Nanu Baharudin.



Jenazah beliau dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zuhur esok.


Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama pada 1980 itu disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga pada Jun 2007.



Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.



Beliau terbabit dalam dunia seni sebagai penyanyi pada awal 1969 dan pernah menghasilkan beberapa album dengan syarikat rakaman WEA Records yang kini dikenali Warner Music (Malaysia).



Azean pernah diundang melakonkan satu babak di kelab malam dalam filem Di Belakang Tabir arahan Datuk Jins Shamsuddin terbitan Studio Merdeka dan mempunyai bandnya sendiri dinamakan D'Zeds serta menyertai pertandingan Muzik Muzik Muzik terbitan RTM pada 1970-an.



Kerjaya Azean berkembang ke dunia lakonan apabila membintangi slot drama RTM seperti Potret Pekerti, Drama Minggu dan Panggung RTM.



Album solonya dalam bentuk LP diterbitkan Datuk Ahmad Nawab berjudul Rahsiaku Laguku pada 1979 dan menghasilkan lagu hit Benjy, Bawalah Daku Bersamamu dan Rahsiaku Laguku.



Pada 1980 Azean menghasilkan album kedua dengan lagu popular Kesedihan Di Matamu dan Kesyukuran.



Satu masa dulu, Azean juga terkenal dengan gaya rambut ala Farrah Fawcett yang berwarna perang kemerah-merahan.


========================================================================



KENALI BAPA KANDUNG BENJY YANG TIDAK MENGAKUI BENJY ANAKNYA



Pelakun ini melahirkan anak lelaki yang tidak berayah kerana ayahnya enggan bertangungjawab



Sudahlah itu, Ibrahim bukan ayah yang bertanggungjawab.



Pelakun itu bukan saja berhempas pulas berlakun mencari nafkah untuk membesarkan anak tapi turut melakukan perniagaan runcit-runcitan.



Anak itu membesar dalam keadaan yang serba kurang dan berhadapan dengan tekanan dari kepincangan dalam hidup keluarga tanpa seorang ayah.



Ibrahim tak ambil kisah pasal anak itu kerana akhirnya anak itu mengikut profesyen ibu dan berhadapan dengan sebagai masaalah dari hidup sebagai seorang artis muda. Akhirnya dia terjerumus ke lembah penyalahgunaan dadah dan merengkok di penjara.



Si pelkun wanita yang hilang dahan dia meletakkan kasih sayang akibat kekasih yang tak bertanggungjawab akhirnya jatuh sakit dan kini tenat dalam hospital.


Kerana sikapnya yang low profile, kehidupan peribadi Ibrahim Yaacub kurang diketahui umum. Perkahwinannya bersama aktres Azean Irdawaty berakhir dengan perceraian.

Ketika anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim (Benjy) ditahan kerana didakwa memproses dan menjual dadah sintetik, Azean Irdawaty banyak membantu sedangkan bekas suaminya Ibrahim Yaacub

mengambil sikap berdiam diri.



Dalam sidang media Azean Irdawaty mendedahkan sebelum Benjy ditahan dia ingin berjumpa dengan bapa kandungnya tetapi bapa kandungnya (Ibrahim) tidak mahu berjumpanya kerana tidak mengakui Benjy sebagai anaknya.



Sikap berdiam diri dan tidak mahu campur tangan dalam kes anaknya (Benjy) mudah difahami kerana beliau telah mempunyai anak-anak lain bersama isteri baru dan Benjy tidak dipeliharanya kerana tinggal bersama Azean Irdawaty.

0 comments:

Post a Comment