LAWAK SINDIRAN BOBOI - NORA DANISH RASA TERSINGGUNG

Persembahan kumpulan 'Boboi' yang membuat lawak sindiran dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro membuat Juri tetapnya Nora Danish 'terasa hati'. Semuanya gara-gara Boboi yang bersungguh mahu mereka 'disingkirkan' awal kerana mungkin merasa pelawak 'Otai' dianaktirikan.



"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah.


"Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," ujar Nora dipetik sebagai berkata.



Selain lawak menyindir, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik juga didakwa seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja lawak Mega. Mereka (juri) terdiri daripada Nora Danish, Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore).


"Boboi tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu. Para peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton.



"Saya juga faham, para peserta memerlukan juri profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya," ujarnya.


"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya sayangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini.



"Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," tambah Nora.



Bagaimanapun, Afdlin yang dihubungi media menjelaskan, juri seperti Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan mereka kerana sindiran tersebut hanya lawak semata.



"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut.



"Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" soalnya seolah 'memulang paku buah keras'.



Nampaknya, drama lama berulang kembali ketika Boboi dikatakan tidak puas hati dengan Chef Wan dalam MLM 2011 lalu. Heh.

0 comments:

Post a Comment