PENCERAIAN Katy Perry dan Russell Brand telah pun dua tahun berlalu. Namun begitu akhir-akhir ini penyanyi cantik ini membuka kisah penceriaannya kepada media.
Ketika di temu bual oleh majalah Marie Claire, penyanyi lagu Roar menyatakan alasan utama mereka berpisah. Ternyata, perbezaan pendapat berhubung soal anak adalah penyebab utama.
Brand berkata, beliau ingin memiliki anak dari Perry, tapi sayangnya Perry menolak untuk memiliki anak ketika itu. Wanita berusia 27 tahun itu mengakui belum bersedia kerana kerjayanya pada waktu itu tidak mengizinkan.
“Dia begitu menginginkan anak dan saya sedar saya belum bersedia. Saya juga rasa ini adalah salah satu cara Brand untuk mengawal saya. Jika ada anak, saya perlu berkorban dan perlu sering berada di rumah. Saya mahukan anak, tapi belum bersedia,” ujarnya.
Di awal penceriaan, Brand pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita. Manakala Perry telah menjalinkan hubungan dengan John Mayer. Namun kedua-duanya tidak berjaya menemui kebahagiaan.
0 comments:
Post a Comment