Selepas hampir setahun setengah hidup menduda, pelakon dan pengarah, Raja Azrey bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Rozita Ibrahim yang juga merupakan pengurus peribadinya.
Diminta menceritakan detik mula perkenalan mereka, Azrey agak keberatan, namun setelah dipujuk akhirnya dia membuka mulut.
"Sejak kebelakangan ini saya banyak terlibat dengan aktiviti seni sama ada untuk drama mahu pun persembahan pentas. Rozita banyak membantu kerja-kerja promosi dan menguruskan kerjaya saya. Apabila sudah kerap bersama, saya dapat melihat keikhlasannya dan seterusnya membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius.
"Namun, apa yang lebih penting adalah perkahwinan ini disebabkan oleh anak-anak. Setiap kali hujung minggu adalah giliran saya untuk menjaga anak-anak dan secara tidak langsung mereka sudah mesra dengan Rozita.
"Malah sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, saya ada menerangkan dengan anak-anak. Semua keputusan dibuat agar kehidupan anak-anak dapat diuruskan dengan baik," ujar Azrey yang mempunyai empat orang anak berumur dalam lingkungan empat hingga 13 tahun.
Dalam pada itu, Azrey juga menjelaskan bekas isterinya tiada sebarang masalah dengan keputusannya untuk berkahwin lagi.
"Kini kami mempunyai kehidupan masing-masing. Tidak perlulah saya komen banyak-banyak tentang perkara ini. Kami berpisah secara baik dan hingga kini hubungan kami kekal begitu."
Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada 19 Disember (hari ini) di Masjid Al-Azim, Pandan Indah manakala majlis resepsi akan diadakan pada keesokkan harinya di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur.
Tema bangsawan telah dipilih untuk majlis resepsi dengan tanggungjawab tersebut telah diserahkan kepada Sri lagenda Event & Management.
Sumber: Media hiburan
0 comments:
Post a Comment