Soseh Soseh: Muka lawa, tapi berlakon macam kayu!


Seorang pengarah drama khabarnya serik untuk mengambil seorang pelakon wanita yang agak popular ini kerana dikatakan berlakon macam kayu!



Rakan SS yang pernah bekerja dengan pengarah terbabit baru-baru ini, berkata, pengarah itu mengambil pelakon terbabit berlakon kerana banyak publisiti mengenainya dalam media-media tempatan, sekali gus meyakinkan pengarah itu bahawa pelakon terbabit memang berbakat.



Malang buat pengarah itu kerana semuanya indah khabar dari rupa. Bayang-

kan babak yang mudah pun sampai dekat 20 take! Harap muka saja cantik, tapi lakonan memang kayu habis.



Mula-mula bolehlah bersabar, manalah tahu mungkin pelakon itu masih baru atau ‘gabra’ kerana baru pertama kali bekerja dengan pengarah itu. Tapi, apabila sudah diajar berkali-kali, tapi masih melakukan kesilapan sama, mulalah pengarah itu rasa serba tak kena.



Dia memang tak sangka langsung pelakon itu memang tidak boleh berlakon. Entah kenapa dia nak menjadi pelakon pun pengarah itu tak faham.



Baginya, pelakon baru sepatutnya perlu menjalani uji bakat terlebih dulu sebelum dipilih berlakon dengannya.



SS pun tak faham dengan sikap pelakon ini. Dia tak sedar ke diri itu tak berbakat? Inilah penangan jika jadi pelakon hanya nak mengejar glamour.



SS: Ada juga pelakon baru perasan sudah jadi pelakon sebenar walaupun hanya muncul sebagai pelakon tambahan.

0 comments:

Post a Comment