4 Hotel Yang Paling Menyeramkan Di Dunia | Di sini ada beberapa buah hotel yang dikatakan paling seram dan menakutkan di dunia. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dari hotel-hotel ini.. Nak tahu kenapa hotel-hotel ini dikatakan paling menyeramkan di dunia?
1. Hotel Crescent
Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling seram di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri.
2. Hotel Queen Mary
Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia mampu berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer “The Grey Ghost” untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary telah berlanggar dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu bergentayangan di Queen Mary.
3. Lizzie Borden Bed and Breakfast
Hotel ini menjadi angker pada 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan mati di antara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan mengganggu pengunjung hotel.
4. The Old Spot Hotel
Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu telah dijadikan pejabat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.
0 comments:
Post a Comment