Tiga malam bersejarah menjadi saksi ikatan cinta yang terjalin di antara pelakon jelita, Rozita Che Wan, 40, dan pelakon muda, Zain Saidin, 29.
Majlis berinai yang berlangsung di Dewan N’dah Shah Alam pada Selasa lalu menjadi bualan apabila Zain turut sama menyertai acara yang biasanya khusus untuk pengantin perempuan.
Alasan diberi, ia dilakukan pada saat akhir atas permintaan saudara-mara yang tidak dapat menghadiri majlis nikah dan persandingan mereka.
Pada majlis pernikahan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada Rabu, dimulakan dengan acara menyarung cincin sebagai simbolik ikatan.
Ibu Zain, Siti Aisyah Abdullah menyarungkan cincin ke jari manis Che Ta. Sebelum itu, majlis merisik berlangsung di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu dan ia diadakan secara tertutup.
Pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz dan Che Ta menerima mas kahwin RM23,200. Zain bukan saja bergelar suami, malah bapa segera kepada dua anak Rozita hasil perkahwinan sebelum ini, Ammar Affendy, 17, dan Aniq Ezra, 15.
Majlis berlangsung dalam suasana taman dengan hiasan bunga segar yang indah. Ikut perancangan asal, ia mahu dilangsungkan di laman pusat konvensyen itu dengan konsep gazebo tetapi kerana faktor cuaca dan keselamatan, ia diadakan dalam dewan.
Jumaat lalu, berlangsung pula majlis persandingan mereka di Ballroom Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam disaksikan 500 tetamu.
Pasangan pengantin berbulan madu di Itali iaitu di Rom, Milan dan Venice selama dua minggu bermula 16 Disember, kemudian diteruskan di Singapura bersama Ammar dan Aniq seterusnya menyambut tahun baru 2014 di sana.

0 comments:
Post a Comment