Semua orang tahu hubungan istimewa antara Zizan Razak dan artis yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya, Emma Maembong. Cuma apabila mengikuti perkembangan kisah mereka, macam mahu percaya dengan tidak.
Mana tidaknya, hari ini mereka kata memang benar akrab, sudah mengenali rapat keluarga kedua-dua pihak dan ada sesuatu istimewa antara mereka.
Bila tanya pihak pengurusan mereka pula, jawapan diberi ialah, ia tidak lebih daripada hubungan sesama artis atau adik dan abang.
Sudahnya, mana satu betul? Kebetulan baru-baru ini kita bertemu Zizan sewaktu mengikuti sesi latihan teater Bahayanya Wanita.
Kesempatan itu kita gunakan untuk bertanya tuan punya badan, benarkah dia dan Emma bercinta dan khabarnya, dalam diam merancang untuk bernikah tahun depan.
Zizan terperanjat dengan pertanyaan kita dan terus menegaskan soal nikah dan kahwin tahun depan itu tidak mungkin berlaku, namun tidak menafikan memang benar dia dan Emma rapat.
Habis soal bercinta pula bagaimana? Jelas Zizan, memang perasaan itu ada, tapi tegasnya biar perkara itu berlaku perlahan-lahan.
Kalau boleh, biar berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing.
Kata Zizan, dia bukan mahu berdalih atau cuba menyembunyikan hubungan cintanya dengan Emma, tetapi terlalu awal untuk mereka menyatakan kesahihannya.
Dia merayu kepada peminat supaya memberi mereka masa.
Apabila tiba masa sesuai atau lebih tepat lagi kalau benar kedua-dua pihak yakin dengan hubungan itu, baru mereka tampil kepada khalayak dan berkongsi cerita sebenar.
Baguslah kalau Zizan berpendirian begitu.
Kita doakan biar menjadi, maklumlah dah banyak sangat wanita berwajah pan-Asia dikaitkan dengan jejaka berasal dari Terengganu itu.
Takut nanti selepas Emma, tidak ada lagi wanita pan-Asia melekat dengannya.
Maklumlah kalau selalu sangat tak kekal, pihak perempuan jadi takut.

0 comments:
Post a Comment